Tuesday 11 June 2013

Menangislah di sini,sebelum menangis di sana..





Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan . Nyaring berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu. Lonjak hatinya memuncak gembira penawar sakit dan lesu. Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata.

Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan , menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia.


Menangis
Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa. Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat. Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat.

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.

Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang Abid.

Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan.

Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan.

“Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang.”(al- Hasr: 20)




Tangis adalah basahan hidup, justeru ; Hidup dimulakan dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sama ada yang membawa untung atau merugikan.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Ada dua titisan yang ALLAH cintai,pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH.”

Nabi Muhammad bersabda lagi : ”Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali.”



Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.

Nabi bersabda :

“Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih,lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.”

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.

Nabi Muhammad bersabda :

“Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”

Seorang Hukama pernah bersyair :

“Aku hairan dan pelik,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan. “

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut- takut tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan. Lupakah kita Nabi pernah bersabda : ”Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa,akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.”

Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut riak, kedukaan menjemput duka. Namun,Allah s.a.w. telah berfirman :

” Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (AL BAQARAH : 216)

Bukankah Nabi pernah bersabda: “Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala.”

Menangislah wahai diri,agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri. Di sana,lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat

Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:

“Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu.”

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :

“Kenapa engkau menangis?”

“Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang,”jawabnya .

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup, lalu berkata :

“Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”

.

Ibnu Masud r.a.berkata :

“Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :

“Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami,neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH.”



::semoga tangisan kita di dunia ini , menguntungkan utk kita di akhirat nnti ..
Waallahu'alam ..

Thursday 2 May 2013

ampuni daku :'(

Di saat hati resah dan gelisah ,
Di saat diri terasa dipergunakan oleh manusia ,
Di saat diri betul-betul diruntun kecewa ,
Di saat diri kian rapuh tidak bermaya ….



Ku kosongkan jiwa ini hanya utk-Mu Ya Ilahi ,
Ku tadah tangan penuh pengharapan ,
Ku mohon keampunan dari segala dosa silam ,
Ku mengharap redha hanya dari-Mu Ya Tuhan …
Ku sedari, aku hamba-Mu yang lemah ,
Yang mudah goyah ,
Yang mudah rebah …

Betapa di rasa ketenangan saatku berasa dekat dengan-Mu ,
Betapa ku rasa jauhnya aku yang dulu dengan-Mu ,
Walau daku sering sahaja melupakan-Mu ,
Namun diri-Mu tidak pernah pun berjauhan dariku..
Betapa hinanya diriku , diri ini sering abaikan tanggungjawab sebagai hamba-Mu ..



Ya Allah …
Hamba-Mu ini terlalu banyak dosa ..
Ampunilah hamba-Mu ini ..
Luaskan pintu syurga-Mu untuk kami ..
Meskipun diri ini tidak merasa layak memasuki syurga terindah-Mu. .
Namun, jauh di sudut hati kecilku ini, sangat merindui syurga-Mu ,
Dan sangat takuti neraka-Mu ,

Ya Rabbi ..
Kurniakan kasih sayang-Mu kepada kami ..
Pimpin kami agar sentiasa istiqomah di jalan-Mu ,
Istiqomah itu payah , namun hasilnya indah … ^^



daku rindukan ketenangan-Mu ... :'(

Thursday 18 April 2013

Bisikan Hati ,menuju Ilahi


Kita tidak tahu ajal kita bila ,
Mungkin kah esok , lusa , dan hari2 mendatang ??
Tapi yang PASTI , mati tu pasti …
Dimana kita sekarang ??
Sudah bersediakah kita ?
Sebagaimana Jodoh itu rahsia Allah ..
Mati juga rahsia Allah ..
Mati itu PASTI ..
Meski kita belum bsedia,
Meski kita masih terleka dengan nikmat dunia,
Meski kita masih di usia muda …
Alangkah ruginya masa hanya di habiskan dengan sia-sia ,
Tatkala Allah bagi peluang untuk kita mencedok pahala sebagai bekalan ke akhirat sana ..
Ya Allah .. lemahnya diri .. terasa sangat hina .. terasa hidupku selama ini sia-sia .
Ya Allah , jika engkau telah berikan hidayah-Mu terhadap hamba-hamba-Mu yang telah Engkau pilih ,
Tetapkanlah hati kami di jalan-Mu ..
Pandu kami dalam meraih redha-Mu ..
Kami insan yang lemah , yang mudah goyah .. yang mudah resah ….
Tetapkan hati-hati kami dalam perjalanan meraih redha-Mu Ya Ilahi …
Pimpin kami dalam kami melalui liku2 kehidupan dunia yang masih Engkau kurniakan ..
Andai ajal menjemput diri ini , matikan lah kami dalam iman .. dalam redha-Mu ..
Izinkan kami memasuki syurga terindah-Mu ya Ilahi …
kerinduan pasti .. kepada syurga-Mu Ilahi ..

Thursday 11 April 2013

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA .. KASIH AYAH SELAMA-LAMANYA ....

AYAH DAN IBU …

“REDHA ALLAH TERLETAK PADA REDHA IBU BAPA”
KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA …
KASIH AYAH SELAMA-LAMANYA …



… jauh dari ayah dan ibu semenjak masuk tingkatan 1 di smka Igan Mukah Sarawak …
Masih ingat lagi suasana masa tu … Mmg saya mcm katak kuar dari tempurung … kalau katak dalam gelas kaca , xpe jugak .. boleh lagi tengok dunia luar (bak kata ustazah pilihan firuz) … hihihi ….
Masa nak g sklah memang rasa hepy sgt2 .. kalo boleh nak lompat sampai langit … hahaha …
Bermula pada hari pendaftaran .. ayah hantar daftar .. kenangan pada hari kejadian 1/5/2003 .. masih lagi segar dalam ingatan …….
Ingat lagi pemakaian saya pada hari tersebut.. mmg takkan dlupakan .. sebab masa tu budak2 lagi …. Daftar gune t-shirt lengan pendek je , dahla daftar ke sekolah agama.. argggghhh .. malu sgt2 …. Ayah dari rumah dh suh pakai baju sekolah .. tp saya bg mcm2 alasan … last2 , memalukan diri sendiri…. Kuar dari van, terus cari tandas nak tukar baju……. Mujur la ramai tak perasan …huhuhu ….



Begitula serba sedikit pengalaman yang tak dapat saya lupakan …
Tu entry je ye…. Hihi .. main point nye.,. nak cakap, saya mmg jauh dari keluarga semenjak dari tingkatan 1… tp herannya.. ‘home sick’ lagi sampai sekarang…. Hahahaha ….

*************

KESUNYIAN petang ni .. membawa fikiranku jauh ke seberang laut china selatan .. teringat kat mak n ayah … wahhhhh .. rinduuuuuuuuu .....

Di sini saya kongsikan sedikit mengenai artikel menghormati ibu bapa …

Apabila kita mengalami kesusahan, ibu bapa kitalah orang pertama yang kita cari. Jika kita berada dalam kesedihan, ibu bapa jugalah yang akan dicari. Begitulah istimewanya hubungan anak dan ibu bapa dalam ikatan semulajadi yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

Segala jasa dan pengorbanan yang ibu bapa curahkan sejak kita kecil sehingga besar adalah tidak ternilai. Malah, jika difikirkan, sebelum kita dilahirkan lagi ibu bapa telah bertungkus lumus mencari rezeki untuk memastikan kita dapat membesar dengan sihat dan selesa setelah dilahirkan.

Bukan itu sahaja, ibu dengan rela hati menggadaikan nyawa melahirkan kita. Setelah dilahirkan, ayah dengan perasaan penuh syukur dan gembira mendukung kita.

Sewaktu kita sedang membesar, ibu bapalah yang paling bahagia melihat kita mengecapi kejayaan walau sekecil mana pun kejayaan kita itu. Contohnya, ketika kita berjaya menuturkan perkataan pertama kita seperti, "Ma", mereka dengan perasaan penuh gembira mengkhabarkan berita itu kepada sanak saudara dan sahabat handai mereka.



Merekalah juga yang memimpin kita dengan penuh sabar semasa kita mengatur langkah-langkah pertama kita. Mereka yang mengangkat dan membasuh luka kita apabila kita tersungkur. Mereka juga sanggup mengorbankan kepentingan diri dan mengharungi pelbagai cabaran demi masa depan kita.

Islam amat menitikberatkan umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Allah SWT telah menyatakan betapa pentingnya kita sebagai anak menjaga hubungan baik dengan ibu bapa di dalam Al-Qur'an;
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)."
(Surah Al-Ahqaaf, ayat 15)

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu..."
(Surah Al-Israa', ayat 23 dan 24)


Allah SWT menegaskan kepentingan berbuat baik kepada ibu bapa dalam beberapa ayat Al-Qur'an yang lain:
"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua IBU BAPA, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya)."
(Surah Al-Baqarah, ayat 215)

"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua IBU BAPA, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;"
(Surah An-Nisaa', ayat 36)

Oleh sebab itu, seorang anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap ibu bapa. Ia merupakan penghormatan tertinggi daripada anak dalam membalas jasa ibu bapa mereka.
Tanggungjawab berbuat baik kepada ibu bapa juga tidak terhenti selepas mereka meninggal dunia. Anak masih boleh berdoa supaya ibu bapa mendapat keampunan daripada Allah. Allah SWT berfirman, maksudnya;
"...dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(Surah Al-Israa', ayat 24)

Selain itu, setelah ibu bapa meninggal dunia, anak perlu melaksanakan wasiat mereka seperti membayar hutang (jika ada) dan berbuat baik kepada sahabat mereka. Ketika ditanya oleh seorang sahabat daripada kaum Ansar mengenai masih adakah tanggungjawabnya terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia, Rasulullah SAW menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: "Ada, iaitu berdoa, beristighafar untuk kedua-duanya, menyempurnakan janji, memuliakan sahabat taulan kedua-duanya dan menyambungkan silaturahim yang tidak sempat dijalinkan oleh kedua-duanya." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Kesimpulannya, menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa merupakan amalan yang berterusan. Kasihi, hormati dan bantulah mereka semasa mereka masih hidup serta doakan mereka setelah mereka meninggal dunia. Tanpa redha mereka, kita tidak akan mengecapi redha Allah. Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud, "Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa." (Riwayat al-Hakim)



#SUMBER : iluvislam ….
SEMOGA PERKONGSIAN INI MEMBERI MANFAAT UTK DIRI KITA ...
hari ini, semakin ramai anak-anak derhaka... semoga kita tidak tergolong dalam golongan tersebut ...
Inshaa Allah ...
ayah .. ibu... anakmu merindui kalian ... :'(

Tuesday 9 April 2013

Al-Quran Petunjuk Sepanjang Zaman






KENAPA AKU DIUJI ??
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Ankabut : 2-3
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG DIINGINKAN ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ??
QURAN MENJAWAB:
Qs. Al-Baqarah : 286
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

KENAPA FRUST???
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Imran : 139
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman”

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. Al-Baqarah : 45
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sholat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk Tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah semata”

APA YANG AKU DAPAT ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 111
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan jannah untuk mereka…”

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ???
QURAN MENJAWAB :
Qs. At-Taubah : 129
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal”

AKU TAK SANGGUP !!!!
QURAN MENJAWAB :
Qs. Yusuf : 12
“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
dan segudang pertanyaan lagi yang keseluruhannya pun dapat dijawab oleh Sang Pemilik Semesta Alam.
cukup jelaslah bahwa Allah-lah yang memberi kita cubaan permasalahan, pastilah Allah akan menurunkan pertanyaan beserta jawabannya! Hanya Allah sandaran manusia...

Bersangka baiklah dengan Allah kerana Allah menurut sangkaan hamba-hambaNya ^_^

Monday 8 April 2013

mimpi oh mimpi .. ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah ..Alhamdulillah .. Hari ini dan saat ini kita masih bernyawa lagi .. Masih boleh menghirup udara yang nyaman , angin sepoi-sepoi bahasa dari luar tingkap (bukan tepi pantai yeee.. Hihi) ...
Pernah tak korang bermimpi kita sendiri meninggal dalam mimpi tersebut ... Begitulah yang berlaku kepada saya pada hari ini .. Lepas bangun tidur , saya tak henti-henti beristighfar dan bersyukur masih diberi kesempatan untuk hidup .. Tadi terlelap sekitar jam 11 pagi .. Terbangun apabila terima panggilan dari kawan menanyakan berkaitan kerja yang perlu dihantar dalam minggu ni…


Alhamdulillah .. Cuma sekadar mimpi .. Buka laptop terus saya cari tafsir mengenai maksud mimpi tersebut .. Banyak sangat maksud .. Kalo korang nak taw .. Ce search google … hihihi… ada jugak yang bagitaw mimpi mainan tidur .. Mimpi adalah satu petanda .. Apa-apa pun , bagi saya mimpi yang saya alami tersebut adalah anugerah Allah , supaya kita sebagai manusia ni sentiasa bersedia untuk menghadapi hari kematian ..bukan jodoh je rahsia Allah k.. Mati juga adalah rahsia Allah .. Mati satu yang pasti ! Kita cuma perlu bersedia setiap ketika …







Memang allah menetapkan sebab musabab terhadap segala kejadian di muka bumi ini .. Namun Allah Maha Berkuasa .. Bila Allah nyatakan “kun fa ya kun” maksudnya: “jadilah, maka jadilah ia ..” . Oleh itu kita perlu bersiap sedia atas segala yang berlaku .. Sama-sama perbaiki diri .. Kita insan lemah yang hanya mampu berserah ..

:: sekadar perkongsian::.. Sama-sama kita memperbaiki diri …









ALLAH ALWAYS WITH US~

Jika kau merasa gelisah, ingatlah Allah kerana Dia sentiasa bersamamu, pintalah pada-Nya agar tenangkan hatimu ..

Jika kau rasa sedih, ingatlah Allah sentiasa bersamamu, tidak pernah Dia tinggalkan dirimu walau sesaat hanya dikau yang menjauhkan diri daripada-Nya, pohonlah agar dikuatkan hatimu menempuh dugaan tanda sayangnya Dia kepadamu ...

Jika kau merasa menyampah, bengang, benci pada orang lain atas sikapnya ingatlah Allah suka orang yang penyabar ...

Jika kau rasa bosan, ingatlah Allah, pintalah pada-Nya kegembiraan agar kau ceria ...

Jika kau rasa gembira, janganlah dikau lupakan-Nya kerana Dia selalu bersamamu dikala suka duka gembira ceria tangis tawa ..

Jika kau merasa sunyi tiada teman, ingatlah Allah ada bersamamu, berkomunikasilah dengan-Nya dengan mengadu yang kau sunyi ..

Jika kau merasa kosong, pintalah pada-Nya agar dikurniakan pengisian pada jiwamu yang kosong ..

Jika kau merasa tidak hargai, dicintai dan dikasihi, ingatlah Allah sentiasa menyayangimu kerana Allah Maha Penyayang terhadap hamba-Nya ...

Jika kau merasa miskin, kau pintalah kekayaan daripada-Nya sekalipun kekayaan itu bukan daripada segi kewangan tetapi kekayaan itulah yang akan memberikan kau keberkatan dan kegembiraan dalam hidupmu ...

Jika kau merasa penat, ingatlah Allah yang tidak pernah penat yang sentiasa menunggumu untuk berbicara dengan-Nya sedangkan amat jarang kau berniat untuk melakukannya, hanya sibuk dengan kerja harianmu ...

SESUNGGUHNYA ALLAH MENYUKAI HAMBA-HAMBA-NYA YANG BERSUJUD DAN TIDAK PERNAH JEMU MEMINTA KPD-NYA ...